Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

2 Jan 2026, 12:23 AM
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi
Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 2 JAN: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal hujan lebat serta ribut petir hingga 10 pagi ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.