Tujuh motosikal terbiar ditunda, MPAJ pertingkat keselamatan laluan awam

27 Dis 2025, 1:10 PM
Tujuh motosikal terbiar ditunda, MPAJ pertingkat keselamatan laluan awam

AMPANG JAYA, 27 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil tindakan terhadap tujuh motosikal terbiar yang dikesan diletakkan di kawasan awam menerusi operasi pemeriksaan dan pemantauan yang dilaksanakan di sekitar kawasan pentadbirannya, Rabu.

MPAJ dalam kenyataan di Facebook berkata operasi bertujuan memastikan keselamatan, kebersihan serta akses pengguna tidak terjejas akibat kewujudan kenderaan terbiar di laluan awam.

"Kenderaan terbiar yang diletakkan di kawasan awam berpotensi menimbulkan risiko keselamatan, mengganggu ketenteraman serta mencacatkan imej persekitaran bandar.

"Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan berkenaan memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berjadual dan bersepadu," katanya.

Orang awam yang mempunyai aduan atau maklum balas berkaitan boleh menyalurkannya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) MPAJ atau menghubungi talian bebas tol 1-800-22-8100.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.