Hampir seluruh Selangor diramal hujan lebat hingga 7 malam

24 Dis 2025, 8:08 AM

SHAH ALAM, 24 DIS: Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal berlaku hujan lebat serta ribut petir hingga 7 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Kedah, Perak Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.