SHAH ALAM, 18 DIS: Beberapa jalan di sekitar The Campus, Ampang akan ditutup sementara dan berperingkat sempena penganjuran Larian KITA "Saturday Night Run Ampang" 2025.
Penutupan melibatkan jalan berikut:
Jalan Kerja Air Lama sehingga Jalan 4K
Jalan Ulu Kelang dari Persimpangan Jalan Kerja Air Lama sehingga simpang masuk Jalan Memanda 2
Sekitar The Campus jalan keluar dan masuk
Jalan Memanda, Jalan Memanda 1, Jalan Memanda 10,11 & 27
Susur Keluar dari Ampang - Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) (turun ke Jalan Kolam Ayer Lama)
Jalan Lingkaran Tengah 2 (bawah jambatan berhampiran PETRON hingga simpang Jalan Memanda 2 Laman Santai)
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memaklumkan, penutupan jalan akan dilaksanakan pada 20 Disember 2025 bermula jam 7 hingga 11 malam.
Justeru, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Ampang, Jalan Kampung Melayu, Jalan Memanda 9 dan Jalan 4K.
MPAJ turut menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan petugas di lokasi bagi memastikan kelancaran trafik.
"Kerjasama dan sokongan warga Ampang Jaya amat dihargai bagi menjayakan acara komuniti ini agar dapat berlangsung dengan lancar, selamat dan penuh kemeriahan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.





