Dua lelaki melecur kebakaran rumah di Ampang

10 Okt 2026, 10:00 AM
Dua lelaki melecur kebakaran rumah di Ampang

SHAH ALAM, 10 OKT: Dua lelaki melecur dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat yang turut memusnahkan sebuah kereta di Taman Muda, Ampang, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa masing-masing berusia lingkungan 30-an dan 60-an berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.33 pagi.

Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan tingkat bawah sebuah rumah teres dua tingkat dengan anggaran kemusnahan 60 peratus.

"Sebuah kereta Perodua Myvi turut terbakar 70 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Ashrul berkata kebakaran menyebabkan kedua-dua penghuni lelaki mengalami kecederaan melecur.

Katanya, kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan kejadian itu.

Mangsa dibawa menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Menurut Ashrul, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.45 pagi.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.