Gerai makan, stor musnah dalam kebakaran

29 Ogos 2026, 2:44 AM
Gerai makan, stor musnah dalam kebakaran
Gerai makan, stor musnah dalam kebakaran
Gerai makan, stor musnah dalam kebakaran

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Sebuah gerai makan dan stor simpanan barangan am di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.46 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Beliau berkata 18 anggota bersama dua jentera, dua tangki air dan sebuah van Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Pandan Indah, Keramat serta Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah gerai makan dan sebuah stor simpanan barangan am yang musnah 80 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ashrul Riezal berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan enam aliran hos dengan lima pancutan nozel daripada sumber air pili bomba serta lori tangki air.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 4.42 pagi dan dipadamkan sepenuhnya jam 8.30 pagi. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.