SHAH ALAM, 10 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan beberapa laluan utama di Seksyen 14 akan ditutup sementara sempena penganjuran Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi Disember 2025.
Penutupan melibatkan kawasan berikut:
Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Jalan-jalan persiaran berhampiran sekitar Seksyen 14
Program berlangsung pada 14 Disember 2025 (Ahad) dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.
MBSA menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan.
Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali dan pihak MBSA mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua.


