Remaja 16 tahun lemas di Pantai Sepat

10 Okt 2026, 10:12 AM
Remaja 16 tahun lemas di Pantai Sepat

SHAH ALAM, 10 OKT: Remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pantai Sepat, Kuantan, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.56 pagi, lapor Berita Harian.

“Susulan itu, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat di pesisir pantai.

“Operasi itu turut dibantu empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan dan BBP Pekan,” katanya.

Beliau berkata mayat Mohamad Raiyan Khairul Anuar diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.