Remaja lelaki 15 tahun ditemukan lemas di tasik buatan Bandar Botanik

1 Okt 2026, 1:48 PM
Remaja lelaki 15 tahun ditemukan lemas di tasik buatan Bandar Botanik

SHAH ALAM, 1 OKT: Remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai mandi bersendirian di sebuah tasik buatan di Bandar Botanik, Klang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 6.21 petang.

Beliau berkata tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas digerakkan ke lokasi, dengan operasi pencarian turut dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Shah Alam.

“Mangsa dipercayai mandi bersendirian di tasik buatan itu sebelum rakan-rakannya cuba menyelamatkannya.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan PPDA pada kedalaman satu meter menerusi teknik selaman pada 8.21 malam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ashrul Riezal berkata pengecaman mayat dilakukan ibu bapa mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.