SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mempelawa orang ramai yang berminat berniaga untuk memohon tapak di Tapak Penjaja Baharu Jalan DC 4/1, Desa Coalfields.
MPKS memaklumkan sebanyak 30 petak disediakan bagi setiap tiga sesi waktu perniagaan, iaitu bermula jam 7 pagi hingga 11.30 pagi, 12 tengah hari hingga 6.30 petang serta 7 malam hingga 12 tengah malam.
“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://elesen.mpks.gov.my/ sebelum 15 Januari.
“Hanya permohonan yang diterima sebelum tarikh ini akan diproses bagi pengisian fasa pertama,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, MPKS mengingatkan tindakan kompaun dan sitaan akan dikenakan terhadap peniaga yang menjalankan perniagaan di luar tapak penjaja yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-3289 1439 sambungan 157 atau 111.


