MPAJ rai bakat belia BMX, sokong gaya hidup sihat

8 Dis 2025, 5:09 AM
MPAJ rai bakat belia BMX, sokong gaya hidup sihat
MPAJ rai bakat belia BMX, sokong gaya hidup sihat
MPAJ rai bakat belia BMX, sokong gaya hidup sihat
MPAJ rai bakat belia BMX, sokong gaya hidup sihat

SHAH ALAM, 8 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terus mengukuhkan peranan dalam pembangunan belia dengan menghadiri Keramat BMX Jam 2025, sekali gus meraikan bakat anak muda dalam sukan ekstrem itu.

MPAJ memaklumkan, program yang menghimpunkan atlet muda, penggiat sukan dan komuniti setempat di Skatepark AU5, Taman Lembah Keramat, Ampang Jaya pada 7 Disember itu menjadi platform penting bagi menyokong penglibatan belia dalam aktiviti sihat.

"Ia juga dapat memperkasa bakat generasi muda dalam sukan ekstrem serta memupuk gaya hidup positif dan berdaya tahan dalam suasana penuh semangat dan kesukanan," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Turut hadir pada proram anjuran Kelab BMX Keramat tersebut adalah Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Ts. Hasrolnizam Shaari dan Penyelaras Dewan Negeri Hulu Kelang, Juwairiya Zulkefli.

MPAJ turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur serta komuniti yang komited menggalakkan pembangunan belia melalui aktiviti sukan dan jaringan sosial yang inklusif.

"MPAJ komited meneruskan sokongan terhadap inisiatif yang memupuk potensi belia, memperkukuh perpaduan komuniti dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, aktif dan sejahtera di Ampang Jaya," katanya.