SHAH ALAM, 6 DIS: Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Agensi itu dalam kenyataan turut memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.




