Fama perkukuh kesiapsiagaan bekalan makanan hadapi musim banjir

1 Dis 2025, 10:45 AM
Fama perkukuh kesiapsiagaan bekalan makanan hadapi musim banjir

SHAH ALAM, 1 DIS: Fama mempertingkat kesiapsiagaan musim banjir melalui Pelan Pengurusan Bekalan Makanan Kecemasan bagi memastikan bekalan sentiasa terjamin.

Pelan itu merangkumi penyediaan stok penting, pengaktifan pusat operasi, pengukuhan logistik, dan koordinasi dengan agensi berkaitan.

Empat strategi utama dijalankan:

  • Pusat Stok Penimbal di setiap negeri.

  • Rangkaian Agihan Kecemasan melalui 42 pusat operasi, 218 kenderaan, dan 147 bilik sejuk.

  • Jualan JAM dan Intervensi untuk menstabilkan harga dan akses bekalan.

  • 14 Bilik Gerakan Bencana sebagai saluran maklumat rasmi.

Warga kerja Fama juga menyertai pasukan CDA-ERT (Civil Defence Auxiliary

Emergency Response Team), dilatih bersama APM, membantu pengagihan kit makanan pascabanjir.

Bagi 2025/2026, Fama menyediakan 60,000 unit Kit Makanan (KM) dan 110,000 unit Makanan Retort (MRE).

Setakat ini, 23,600 KM, 20,570 MRE Petugas, dan 50,000 MRE JKM telah diagihkan.

Kelantan menerima paling tinggi (21,500 unit), diikuti Sarawak (12,000 unit). Fasa kedua pengagihan turut berjalan.

Pemangku Ketua Pengarah Abdul Rashid Bahri berkata kesiapsiagaan bukan hanya soal logistik.

Fama komited memastikan bekalan sampai ke kawasan terjejas dan bekerjasama rapat dengan Nadma, KPKM, APM dan kerajaan negeri.