JPS Kuala Langat pasang pam percepat aliran air susulan hujan lebat berterusan

1 Dis 2025, 12:30 PM

SHAH ALAM, 1 DIS: Hujan lebat yang berterusan beberapa hari lalu mendorong Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat meningkatkan pemantauan di beberapa lokasi bagi memastikan aliran air hujan ke sungai tidak terhalang.

Menurut JPS Kuala Langat, pemantauan dilakukan secara berterusan bagi mengelakkan sebarang risiko limpahan, selain memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik.

Sebagai langkah tambahan, pihaknya turut memasang pam di kawasan berisiko tinggi bagi mempercepatkan proses pengaliran air.

“Penggunaan pam ini bertujuan mengurangkan tekanan pada sistem saliran sedia ada yang sedang menampung jumlah air melebihi kebiasaan,” menurut jabatan itu menerusi kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, paras air sungai yang masih tinggi dan melebihi paras bahaya menjadi faktor utama yang melambatkan aliran keluar sekali gus menyebabkan proses surut air mengambil masa lebih lama berbanding situasi normal.

JPS berharap langkah yang diambil dapat membantu mempercepatkan penyusutan air seterusnya mengurangkan kesulitan penduduk yang terjejas akibat cuaca tidak menentu.