Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035, maklum balas penduduk dibuka hingga 31 Disember

1 Dis 2025, 5:59 AM

SUBANG JAYA, 1 DIS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melancarkan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi memberi peluang kepada penduduk mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035.

Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata laporan draf berkenaan dibuka untuk akses umum dari 1 hingga 31 Disember dan boleh diteliti di lobi Ibu Pejabat MBSJ antara 9 pagi hingga 4 petang.

“Selain itu, kami turut menyediakan bunting dengan kod QR bagi memudahkan orang ramai mengakses dokumen draf, borang bantahan serta maklumat permohonan pengubahan. Kesemua maklumat itu juga boleh didapati melalui laman web rasmi, papan iklan digital dan saluran media sosial MBSJ.

“Kemudahan berkenaan turut disediakan di lima lokasi lain dalam kawasan pentadbiran MBSJ iaitu Kompleks 3K MBSJ, Perpustakaan Hypermedia MBSJ, Kaunter Perancangan Bandar Ibu Pejabat MBSJ, PLANMalaysia Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling,” katanya.

Mohd Zulkurnain berkata MBSJ menerima 150 permohonan pengubahan, namun hanya 85 ditapis untuk pertimbangan lanjut.

Antara permohonan yang diterima termasuk penukaran zon guna tanah, penukaran status institusi kepada komersial serta penukaran status kediaman kepada komersial.

“Permohonan sebegini lazimnya menerima bantahan kerana tuan tanah melihat potensi pembangunan memandangkan kawasan terbabit berada dalam lingkungan bandar yang mempunyai prospek ekonomi lebih baik.

“Selepas tempoh publisiti berakhir, semua bantahan dan cadangan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan yang dijangka berlangsung pada April atau Mei. Mesyuarat itu akan dipengerusikan EXCO Kerajaan Tempatan, Dato’ Ng Suee Lim,” katanya.