ad

Enam daerah di Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 5 petang

25 Nov 2025, 7:40 AM

SHAH ALAM, 25 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hingga 5 petang ini.

Amaran sama turut diramal berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.