ad

18 pasukan sertai Larian Integriti LUAS, semai nilai integriti dalam kerja

22 Nov 2025, 1:06 PM
18 pasukan sertai Larian Integriti LUAS, semai nilai integriti dalam kerja
18 pasukan sertai Larian Integriti LUAS, semai nilai integriti dalam kerja
18 pasukan sertai Larian Integriti LUAS, semai nilai integriti dalam kerja

SHAH ALAM, 22 NOV: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menganjurkan Larian Integriti 2025 di Taman Botani Negara Shah Alam hari ini sempena Bulan Integriti Nasional, bagi memupuk daya saing sihat dan memperkukuh amalan integriti dalam kalangan penjawat awam.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin yang hadir merasmikan program berkenaan berkata acara itu bukan sahaja menekankan nilai integriti sebagai budaya kerja, malah mengeratkan kerjasama antara jabatan untuk mewujudkan tadbir urus lebih bersih, cekap dan telus.

“LUAS terus menunjukkan komitmen terhadap keselamatan dan kelestarian air Selangor, termasuk kejayaan pelaksanaan Dasar Pelepasan Sifar (Zero Discharge Policy – ZDP) yang mengurangkan insiden kecemasan pencemaran secara signifikan,” katanya.

Turut hadir, Pengarah LUAS Ir Ts Dr Mohmad Asari Daud dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai LUAS Haslina Amer.

Sebanyak 18 pasukan dari pelbagai jabatan dan agensi termasuk MBSA, MPAJ, MBSJ, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyertai larian ini.

Menurut LUAS, program berkenaan memberi peluang peserta mempamerkan semangat berdaya saing secara sihat sambil menghayati nilai integriti, bukan sahaja ketika bertanding malah dalam tugasan harian sebagai penjawat awam.