Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 1 tengah hari

19 Nov 2025, 1:31 AM

SHAH ALAM, 19 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat rebut petir melanda daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor hingga 1 tengah hari ini.

Cuaca sama turut diramal melanda beberapa daerah di Perak dan Sabah

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.