SHAH ALAM, 17 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perlis; Kedah (Sik, Baling, Kulim, Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak; Pahang (Tanah Tinggi Cameron); Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang); serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Amaran sama turut melibatkan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka (Alor Gajah, Jasin); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); serta kawasan tertentu di Sarawak (Lundu, Kapit, Limbang) dan Sabah (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan Kudat) termasuk Labuan.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.





