ad

KARNIVAL Ban Canal 2025

16 Nov 2025, 7:51 AM
KARNIVAL Ban Canal 2025

Karnival Ban Canal 2025, yang diadakan pada 8–9 November 2025 di Ban Canal Parit 14, Simpang Lima, Sabak Bernam, bukan sekadar pesta rekreasi ia adalah simbol perpaduan budaya, alam dan pembangunan lestari.

Daripada aksi sukan air yang mendebarkan hingga larian bendang yang menyatukan komuniti, setiap detik menggambarkan aspirasi Sabak Bernam menjadi calon Rizab Biosfera UNESCO.

Lebih 20,000 pengunjung merasai kehangatan suasana, menyokong usahawan tempatan melalui gerai jualan dan menyelami warisan agro sambil menyokong pelancongan hijau.

Jurufoto Remy Arifin dan Nur Adibah Ahmad Izam merakam kemeriahan sepanjang edisi keempat karnival ini, memperlihatkan bagaimana program ini memperkukuh sinergi antara alam semula jadi, budaya tempatan dan pembangunan ekonomi lestari.

Lagat peserta larian Bendang ketika Karnival Ban Canal 2025 di Parit 14 Simpang 5 Sabak Bernam.

Suasana sekitar Karnival Ban Canal 2025 di Parit 14 Simpang 5 Sabak Bernam pada 8 November 2025.

Peserta larian Bendang mengambil peluang pemeriksaan kesihatan percuma menerusi Karnival Ban Canal 2025.

Pengunjung mengimbas kod QR Kupon Digital untuk membeli makanan dan minuman.

Seorang kanak-kanak menunjukkan hasil lukisan yang diwarna bertemakan karnival Ban Canal.

Pengunjung menyertai kuiz mengasingkan kacang ketika Karnival Ban Canal 2025.

Peserta menguji tenaga dalam acara tarik tali termasuk dlm sukan rakyat yang dipertandingkan.

Pengunjung kanak-kanak mencuba sukan lasak ketika Karnival Ban Canal 2025.
Pengunjung mencuba permainan secara simulasi VR yang disediakan percuma.

Pelumba memulakan kayuhan dalam acara akhir perlumbaan kayak kategori IPT (Institut Pengajian Tinggi).

Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti luncur keluang pada hari kedua karnival.

Alunan gendang tradisional turut dipersembahkan sambil pengunjung berpeluang menggunakan alat muzik.

Pengunjung kanak-kanak mencuba sukan rakyat ketika Karnival Ban Canal 2025 di Parit 14 Simpang 5 Sabak Bernam pada 8 November 2025.

Penyanyi rock lagenda Dato' Awie menghiburkan pengunjung pada aktiviti malam.