MB: Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat 2,680 ekar sejak 2018

22 Sep 2026, 9:45 AM
MB: Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat 2,680 ekar sejak 2018
MB: Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat 2,680 ekar sejak 2018
MB: Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat 2,680 ekar sejak 2018

SHAH ALAM, 22 SEPT: Keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor meningkat sebanyak 2,680 ekar sejak 2018, daripada 400,711 ekar kepada 403,391 ekar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peningkatan itu direkodkan sejak pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2018.

“Sejak tahun 2018, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor di bawah pentadbiran ini telah meningkat sebanyak 2,680 ekar berbanding kerajaan terdahulu, iaitu dari 400,711 ekar kepada 403,391 ekar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Amirudin turut menjelaskan beberapa persoalan yang timbul semalam berhubung status Tanah Rizab Melayu di Sabak Bernam.

Menurut beliau, tanah seluas 55.401 ekar di Tanjong Karang, Sabak Bernam telah diwarta keluar pada 3 September lalu khusus bagi pembangunan Kemajuan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA).

Justeru, katanya, bagi mengimbangi pembangunan tempatan dengan kepentingan Tanah Rizab Melayu, tanah dengan keluasan sama di Hulu Selangor turut melalui proses pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu.

“Bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan tempatan serta kepentingan Tanah Rizab Melayu, tanah dengan keluasan yang sama iaitu 55.401 ekar di Hulu Selangor turut melalui proses pewartaan sebagai Tanah Rizab Melayu,” katanya.

Amirudin berkata, SABDA merupakan usaha Kerajaan Negeri membangunkan anjung utara Selangor bagi meningkatkan keterjaminan makanan serta memanfaatkan potensi agro-pelancongan di pesisir pantai barat.

Katanya, pembangunan itu turut bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Usaha berkenaan diterajui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI serta melibatkan komuniti tempatan termasuk nelayan dan usahawan selain pihak akademia," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.