ad

Belanjawan Selangor 2026: Manifestasi tekad negeri ringankan beban rakyat – Papparaidu

15 Nov 2025, 10:59 AM
Belanjawan Selangor 2026: Manifestasi tekad negeri ringankan beban rakyat – Papparaidu
Belanjawan Selangor 2026: Manifestasi tekad negeri ringankan beban rakyat – Papparaidu
Belanjawan Selangor 2026: Manifestasi tekad negeri ringankan beban rakyat – Papparaidu
Belanjawan Selangor 2026: Manifestasi tekad negeri ringankan beban rakyat – Papparaidu

SHAH ALAM, 15 NOV: Kesejahteraan rakyat terus menjadi teras utama dalam Belanjawan Selangor 2026 apabila pelbagai inisiatif bersasar dibentang demi meringankan beban golongan memerlukan, termasuk ibu tunggal, warga emas dan pesakit terlantar.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata belanjawan berkenaan bukan sekadar angka, tetapi manifestasi tekad pentadbiran negeri dalam memastikan Selangor terus menjadi negeri juara dalam memastikan rakyatnya sejahtera.

“Kesemua langkah ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk membasmi kemiskinan, memperkukuh pembangunan sumber manusia dan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada pembangunan serta kesejahteraan hidup,” katanya dalam kenyataan.

Berikut antara bantuan kebajikan kepada rakyat dalam Belanjawan Selangor 2026:

BINGKAS, BINGKASAN & BINGKAS Plus:

  • membantu lebih 30,000 ketua isi rumah secara bersasar

  • BINGKASAN diperuntuk RM5 juta untuk warga emas uzur, pesakit terlantar dan individu tidak mampu bekerja

  • program disambungkan dengan skim kesihatan seperti ISS dan BSS

  • jumlah keseluruhan peruntukan: RM103 juta

Baucar Jom Shopping:

  • perayaan: RM18.48 juta untuk 92,400 penerima

  • Hari Pahlawan Negara: RM200 kepada 8,317 veteran tidak berpencen (peruntukan RM1.7 juta)

Program Baik Pulih & Bina Baru Rumah:

  • baik pulih rumah sehingga RM35,000

  • bina rumah baharu bernilai RM85,000

  • sehingga kini, 58 keluarga mendapat manfaat, termasuk 14 keluarga Orang Asli

Pendidikan:

  • program Bantuan Sekolah Negeri Selangor: Peruntukan RM30 juta bagi enam jenis sekolah

  • program Pembangunan Pendidikan Masyarakat India: Peruntukan dinaikkan kepada RM2.7 juta, termasuk subsidi tambang bas SJKT dan bantuan yuran IPTA/IPTS

Sambutan Kepelbagaian Budaya:

  • peruntukan RM1.5 juta.

  • merangkumi Deepavali, Ponggal, Thaipusam, Vaisakhi, dan Ugadi

Komuniti Orang Asli & Bukan Islam:

  • peruntukan RM500,000 bagi komuniti Orang Asli

  • peruntukan RM8 juta untuk komuniti bukan Islam melalui LIMAS

  • termasuk RM1 juta untuk pembinaan krematorium di Kuala Selangor

“Peruntukan ini memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian dan peluang yang saksama dalam pembangunan negeri,” tegas Papparaidu.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM3.23 bilion dalam belanjawan tahun hadapan bagi melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, maklum Dato’ Menteri Besar

Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan semalam berkata sebanyak RM1.86 bilion atau 57.6 peratus diagih untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM1.37 bilion atau 42.4 peratus bagi pembangunan.