ad

Selangor fokus perkasakan TVET, lahir generasi berkemahiran tinggi

11 Nov 2025, 3:41 AM

SHAH ALAM, 11 NOV: Kerajaan Selangor merancang memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal vokasional (TVET) di peringkat sekolah menengah mulai tahun depan, bagi melahirkan generasi belia berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi industri berteknologi moden.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu sejajar dengan hasrat menjadikan TVET antara pilihan utama pelajar di Selangor dan seluruh Malaysia, sambil menyediakan peluang kerjaya yang bernilai tinggi.

“Kita mahu memastikan perubahan minda dan kemahiran bermula di peringkat sekolah menengah supaya generasi muda dapat melihat TVET sebagai laluan kerjaya yang bernilai dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Selangor Techsphere 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Amirudin berkata pentadbiran negeri sedang membentuk generasi yang berkemahiran tinggi, adaptif dan relevan di peringkat global melalui Pusat Pembangunan Kemahiran dan Teknikal Selangor (STDC) dan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISSAS).

“Ketika automasi, robotik dan integrasi digital mengubah landskap industri, negeri mesti membekalkan rakyat dengan kemahiran, pengetahuan dan minda yang tepat.

“Fokus ini penting bagi memastikan Selangor kekal menjadi enjin utama pembangunan industri dan ekonomi digital Malaysia,” katanya lagi.

Beliau menambah, penganjuran sidang kemuncak ini turut memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kemahiran negeri di samping menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi dalam bidang pembuatan termaju dan teknologi baharu.

“Sidang Kemuncak Selangor Techsphere juga sejajar dengan matlamat jangka panjang kita untuk membangunkan tenaga kerja yang bersedia untuk masa hadapan.

“Ketika automasi, robotik dan integrasi digital mengubah landskap industri, kita mesti membekalkan rakyat dengan kemahiran, pengetahuan dan minda yang tepat,” jelasnya.