ad

Halangan di tempat awam, MPKL sita buaian besi dan sangkar anjing

9 Nov 2025, 5:41 AM
Halangan di tempat awam, MPKL sita buaian besi dan sangkar anjing
Halangan di tempat awam, MPKL sita buaian besi dan sangkar anjing
Halangan di tempat awam, MPKL sita buaian besi dan sangkar anjing

KUALA LANGAT, 9 NOV: Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melaksanakan operasi di sekitar Taman Perwira, Telok Panglima Garang berikutan aduan awam berkaitan kewujudan halangan di kawasan awam, termasuk buaian besi dan sangkar anjing.

Tindakan itu dibuat selaras Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, yang melarang meletakkan sebarang halangan di tempat awam.

“Hasil pemeriksaan, buaian besi dan sangkar anjing berkenaan telah disita mengikut Seksyen 46(3)(a) akta yang sama,” maklumnya menerusi kenyataan.

MPKL menegaskan pemantauan akan diteruskan untuk memastikan kawasan perbandaran kekal tersusun, selamat dan bebas daripada halangan awam.