ad

Letak barangan elektrik di kaki lima, pemilik kedai dihadap mahkamah

6 Nov 2025, 8:37 AM
Letak barangan elektrik di kaki lima, pemilik kedai dihadap mahkamah

TELOK DATOK, 5 NOVEMBER 2025: Seorang pemilik kedai barangan elektrik dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok atas kesalahan meletakkan barangan di kaki lima tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Barangan terbabit, termasuk mesin basuh dan peti sejuk, didakwa menghalang laluan awam mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Kesalahan tersebut berlaku di kedai milik individu terbabit di Taman Seri Jaromas, Jenjarom, dalam daerah Kuala Langat, Selangor.

Bagaimanapun, individu itu memohon untuk menarik balik saman selepas menjelaskan kompaun yang dikenakan oleh MPKL.

Majistret, Puan Maslinda binti Selamat, membenarkan permohonan tersebut dan membatalkan saman.

Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim.