ad

Pelajar cedera jatuh bangunan, murung selepas putus cinta

31 Okt 2025, 12:33 PM
Pelajar cedera jatuh bangunan, murung selepas putus cinta

SHAH ALAM, 31 OKT: Seorang pelajar perempuan cedera di dahi dan kaki selepas terjatuh dari tingkat satu sebuah sekolah di sini semalam, dipercayai akibat kemurungan selepas putus cinta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata mangsa yang juga pelajar tingkatan satu kini berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mengalami kemurungan selepas putus cinta.

"Teman lelakinya merupakan pelajar tingkatan dua dari sekolah sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.