Pegawai kanan polis IPK Selangor maut jatuh bangunan

20 Mei 2026, 5:01 AM
Pegawai kanan polis IPK Selangor maut jatuh bangunan

SHAH ALAM, 20 MEI: Polis Selangor mengesahkan seorang pegawai kanan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari bangunan di Vista Alam, Seksyen 14 di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Selangor berkata pegawai kanan polis tersebut adalah seorang lelaki yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.07 pagi tadi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.