ad

Selangor sasar jadi hab teknologi perubatan Asia, tarik pelabur Jepun

29 Okt 2025, 2:21 PM
Selangor sasar jadi hab teknologi perubatan Asia, tarik pelabur Jepun

SHAH ALAM, 29 OKT: Selangor berpotensi muncul sebagai hab teknologi perubatan berdaya saing menerusi penglibatan baharu dalam sektor sains hayat.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri kini memberi tumpuan kepada pembangunan industri bernilai tinggi dan berteknologi yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi.

“Menerusi siri lawatan ke Jepun, satu pertemuan telah diadakan bersama peneraju sistem penapis darah berteknologi tinggi serta penginovasi diagnosis in-vitro (IVD) dan hasilnya amat baik.

“Selangor bermatlamat untuk meneroka pelaburan lebih mendalam dengan bekerjasama dengan teknologi pemindahan, penyelidikan dan pembangunan serta membina tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.

“Kita melihat dengan kerjasama dengan peneraju global seperti mereka ini dapat meletakkan Selangor sebagai hab perubatan berteknologi yang berdaya saing dan dinamik di rantau ini,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Sze Han mengetuai delegasi ke Jepun yang turut disertai wakil daripada Invest Selangor, Selgate dan Central Spectrum.