ad

MPSepang dinobat Bandar Paling Mampan Kategori Perbandaran 2025

29 Okt 2025, 2:18 AM
MPSepang dinobat Bandar Paling Mampan Kategori Perbandaran 2025
MPSepang dinobat Bandar Paling Mampan Kategori Perbandaran 2025

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) terus mencipta kejayaan apabila dinobat sebagai Bandar Paling Mampan Kategori Perbandaran 2025 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia dan Kongres Perancangan Kebangsaan serta MyCity Expo 2025.

Anugerah tersebut disampaikan semasa majlis perasmian yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof, di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

MPSepang dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, pengiktirafan itu hasil kerjasama erat seluruh warga kerja majlis bersama agensi teknikal dan komuniti Daerah Sepang dalam menjayakan agenda pembangunan mampan serta bandar berdaya huni.

Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Muhamad Shah Osmin, menerima anugerah berkenaan bagi pihak majlis.

MPSepang menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh pelaksanaan dasar bandar pintar dan mampan menjelang tahun 2030.