SHAH ALAM, 27 OKT: Orang ramai dijemput hadir mengunjungi program Selangor Saring bagi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang bakal diadakan bermula 1 hingga 22 November di lokasi yang disediakan.
Pengunjung berpeluang menjalani saringan kesihatan percuma dari 9 pagi hingga 3 petang yang merangkumi pemeriksaan fizikal, darah, urin, barah, mata, gigi dan pemeriksaan lain, bagi memupuk kesedaran terhadap gaya hidup sihat.
Lokasi program sepanjang November seperti berikut:

Pengunjung yang ingin hadir digalakkan membuat pendaftaran di aplikasi "Selangkah" yang bertujuan menilai risiko kesihatan seseorang individu melalui pendaftaran saringan awal di aplikasi tersebut.
Bagi mengisi pendaftaran di aplikasi tersebut, orang ramai diminta untuk memuat turun aplikasi "Selangkah", tekan butang Selangor Saring diikuti pengisian borang soal selidik dan pilih lokasi serta tarikh saringan seperti yang dihebahkan.
Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.
Program Selangor Saring merupakan usaha murni Kerajaan Negeri dalam membantu masyarakat mengenal pasti penyakit dengan lebih awal menerusi penyasaran individu yang mempunyai sejarah penyakit keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


