Hadapi masyarakat menua: Selangor nilai tahap kecergasan warga emas menerusi saringan kesihatan

20 Okt 2026, 4:41 AM

SHAH ALAM, 20 OKT: Keupayaan berjalan dalam tempoh satu minit dan kekuatan genggaman tangan antara kriteria saringan kesihatan warga emas di Selangor bagi menilai tahap kecergasan fizikal golongan itu dalam menghadapi masyarakat menua.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemeriksaan terhadap warga emas berbeza daripada saringan kesihatan biasa kerana turut mengambil kira kemampuan fizikal mereka.

“Untuk warga emas saringannya berbeza. Sejauh mana mampu berjalan dalam tempoh satu minit, sekuat mana genggaman tangan, itu antara kriteria pemeriksaan,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, saringan kesihatan merupakan usaha asas untuk mengetahui tahap kesihatan rakyat, selain membolehkan penyakit dikesan pada peringkat awal.

Beliau berkata Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 8,000 rakyat Selangor menjalani saringan kesihatan percuma tahun ini menerusi lebih 40 lokasi di seluruh negeri.

“Saringan kesihatan adalah usaha asas bagi mengetahui keadaan kesihatan awalan.

Foto Facebook Amirudin Shari

“Tahun ini, saya berharap agar sekurang-kurangnya 8,000 rakyat Selangor menjalani saringan percuma di lebih 40 lokasi seluruh negeri kerana objektifnya adalah untuk pengesanan awal penyakit dan langkah mengubati,” katanya.

Amirudin berkata syarat yang ditetapkan Kerajaan Negeri adalah mudah, iaitu orang ramai perlu menjalani saringan kesihatan sekali setahun bagi membudayakan pemeriksaan kesihatan sebagai gaya hidup sihat.

“Syarat yang Kerajaan Negeri tetapkan mudah sahaja iaitu saringan sekali setahun, matlamatnya adalah membina budaya pemeriksaan kesihatan sebagai satu gaya hidup sihat,” katanya.

Antara masalah kesihatan yang kerap dikesan menerusi saringan ialah diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan penyakit buah pinggang kronik.

Selain itu, saringan turut memberi tumpuan kepada pengesanan kanser, termasuk kanser prostat, pangkal rahim, kolorektal dan payudara.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta menerusi Belanjawan Selangor 2026 bagi pelaksanaan inisiatif saringan kesihatan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan saringan kesihatan percuma boleh membuat pendaftaran menerusi aplikasi SELangkah.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.