ad

MBSA anjur Anugerah Tandas Bersih 2025, iktiraf premis kekal tahap kebersihan tinggi

24 Okt 2025, 9:00 AM
MBSA anjur Anugerah Tandas Bersih 2025, iktiraf premis kekal tahap kebersihan tinggi
MBSA anjur Anugerah Tandas Bersih 2025, iktiraf premis kekal tahap kebersihan tinggi

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Pertandingan Anugerah Tandas Bersih Shah Alam 2025 bagi mengiktiraf premis yang mengekalkan tahap kebersihan dan keselesaan tandas awam.

Pertandingan yang terbuka kepada semua premis di bawah kawasan pentadbiran MBSA itu menampilkan enam kategori iaitu stesen minyak, restoran dan kafe, pusat beli-belah, hotel, rumah ibadat serta hentian rehat dan rawat (RNR).

Menurut MBSA, peserta akan dinilai berdasarkan pelbagai elemen termasuk keadaan persekitaran, struktur dan penyelenggaraan kebersihan, kemudahan sanitasi, tanda atau simbol tandas serta kreativiti tambahan seperti penggunaan elemen hijau dan inovasi teknologi.

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 diikuti RM1,200 bagi tempat kedua dan RM1,000 untuk tempat ketiga.

Tarikh tutup penyertaan adalah esok dan penilaian akhir dijangka dijalankan pada November. Pemenang akan diumumkan sempena sambutan Hari Tandas Sedunia peringkat MBSA.

Untuk penyertaan, orang ramai boleh mengimbas kod QR yang disediakan dalam poster rasmi di laman Facebook bagi memuat turun borang pertandingan serta kriteria pendaftran.