ad

Laddu dan cahaya kasih sayang Deepavali

19 Okt 2025, 4:01 AM
Laddu dan cahaya kasih sayang Deepavali

Deepavali, sebuah perayaan yang terkenal sebagai pesta cahaya dalam budaya masyarakat India, bukan sekadar simbol keindahan dan keberkatan, tetapi juga merupakan masa yang penting untuk mempererat hubungan kekeluargaan.

Salah satu tradisi yang tidak asing lagi semasa perayaan ini ialah penyediaan pelbagai juadah tradisional, terutamanya manisan laddu. Laddu bukan sahaja menjadi hidangan kegemaran, tetapi juga simbol kemanisan dan keberkatan dalam kehidupan serta keharmonian masyarakat India.

Bagi Rukumani Nadeson, 75, tradisi membuat laddu telah menjadi sebahagian daripada kehidupan keluarganya sejak zaman nenek moyangnya lagi. Setiap kali Deepavali menjelang, rumahnya di Kapar, Klang akan dipenuhi dengan aroma khas dari proses pembuatan laddu.

Menurut beliau, setiap adunan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan perhatian, menggunakan campuran tepung, kacang, dan ghee yang digaul sehingga sebati sebelum dibentuk menjadi bebola kecil.

Proses pembuatan laddu memerlukan kesabaran dan ketelitian kerana setiap langkah perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk memastikan tekstur kekal lembut di dalam dan rangup di luar. Aroma ghee yang harum ketika digoreng pula menambah keistimewaan kuih tradisional ini, menimbulkan rasa nikmat dan kehangatan suasana rumah.

Lensa Jurufoto Khairul Helmy menyoroti kemeriahan, semarak perpaduan dan limpahan kasih sayang yang terpancar dalam sambutan pesta cahaya di dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Tepung, kacang dan ghee menjadi ramuan utama dalam pembuatan laddu manisan tradisional yang wajib ketika Deepavali dan simbol kemakmuran di Kapar, Klang

Rukumani Nadeson, 75, tekun menyiapkan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani Nadeson, 75, mengisar beras sebagai langkah awal dalam penyediaan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Beras dikisar sebagai langkah awal dalam penyediaan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani Nadeson, 75, memasak gula Melaka sehingga pekat sebagai sebahagian proses penyediaan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani nadeson, 75, mencampurkan semua bahan ketika membuat manisan tradisional laddu menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani nadeson, 75, mencampurkan semua bahan ketika membuat manisan tradisional laddu menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Gula Melaka dicampur bersama kacang sebagai bahan utama dalam penyediaan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani Nadeson, 75, menggaul ramuan menjadi bulat bagi menghasilkan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani Nadeson, 75, menggaul ramuan menjadi bulat bagi menghasilkan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Rukumani Nadeson, 75, menabur serbuk beras yang telah dikisar ketika menyediakan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.

Manisan tradisional laddu, yang diperbuat daripada tepung kacang dan gula Melaka, menjadi antara juadah wajib ketika sambutan perayaan Deepavali.