ad

Warna-warni kemeriahan pesta cahaya Deepavali

21 Okt 2025, 7:48 AM
Warna-warni kemeriahan pesta cahaya Deepavali

Deepavali, atau dikenali juga sebagai Hari Diwali, menjadi antara perayaan yang dinanti-nantikan penganut agama Hindu di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Diwali menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kejahatan, serta sebagai simbol kemenangan keadilan, kebaikan, dan harapan baru.

Semasa perayaan, penganut beramai-ramai menghadiri upacara keagamaan di kuil, berdoa memohon keberkatan dan kesihatan berpanjangan diikuti jamuan makan serta nyalaan pelita yang menceriakan suasana malam.

Kemeriahan sambutan Deepavali juga ditandai dengan persembahan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, dan pertunjukan drama yang merakamkan kisah kemenangan kebaikan melawan kejahatan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari semasa Hari Deepavali peringkat Selangor 2025 turut menyeru rakyat mengekalkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara kaum.

Jurufoto Harun Tajudin, Khairul Helmy dan Remy Arifin merakamkan detik kemeriahan sambutan Deepavali dan keistimewaan pesta cahaya ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima sumbangan dalam Sambutan Hari Depavali Peringkat Negeri Selangor di Dataran Klang @ Padang Chetty pada 17 Oktober 2025.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak dalam Sambutan Hari Depavali Peringkat Negeri Selangor di Dataran Klang @ Padang Chetty pada 17 Oktober 2025.

Masyarakat India melakukan persiapan bagi menyambut perayaan Deepavali ketika tinjauan Media Selangor di Little India Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 Okotober 2025.

Pelbagai jenis manisan India, termasuk Laddu dan Motichoor Laddu, disusun rapi. Makanan tradisional ini antara juadah yang sangat popular dan sering menjadi pilihan utama semasa sambutan perayaan Deepavali.

Orang ramai membeli manisan India, termasuk Laddu dan Motichoor di Little India Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2025. Makanan tradisional ini antara juadah yang sangat popular dan sering menjadi pilihan utama semasa sambutan perayaan Deepavali.

Pelbagai jenis manisan India, termasuk Laddu dan Motichoor Laddu, disusun rapi. Makanan tradisional ini antara juadah yang sangat popular dan sering menjadi pilihan utama semasa sambutan perayaan Deepavali.

Masyarakat India melakukan persiapan bagi menyambut perayaan Deepavali ketika tinjauan Media Selangor di Little India Brickfields, Kuala Lumpur pada 14 Okotober 2025.

Rukumani Nadeson, 75, menunjukkan manisan tradisional laddu yang menjadi antara juadah wajib sempena sambutan Deepavali. Dihasilkan daripada campuran tepung, kacang dan ghee, kuih ini melambangkan kemanisan serta kemakmuran dalam kehidupan masyarakat India di Kapar, Klang.

Rageswary Palaney menghasilkan muruku dengan kaedah tradisional di rumahnya di Klang menjelang sambutan Deepavali ketika ditemui pada 6 Oktober 2025. Usahanya ini merupakan satu tradisi keluarga yang diwarisi turun-temurun, di mana dia mengambil masa untuk memastikan muruku yang dihasilkan mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang sempurna. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Muruku yang dihasilkan oleh Rageswary Palaney mempunyai rasa yang sedap dan tekstur yang sempurna. Kehebatan resepi tradisional dan ketelitiannya dalam proses pembuatan menjadikan setiap helai muruku itu rangup di luar dan lembut di dalam. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR