ad

MP Sepang perhebat operasi cegah sampah haram di Pulau Meranti

18 Okt 2025, 12:57 AM
MP Sepang perhebat operasi cegah sampah haram di Pulau Meranti
MP Sepang perhebat operasi cegah sampah haram di Pulau Meranti
MP Sepang perhebat operasi cegah sampah haram di Pulau Meranti
MP Sepang perhebat operasi cegah sampah haram di Pulau Meranti

SHAH ALAM, 18 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) memperhebat penguatkuasaan terhadap pelupusan sampah haram menerusi satu operasi khas di beberapa lokasi panas sekitar Pulau Meranti, Puchong, pada 15 Oktober lalu.

Operasi yang diketuai Unit Kawalan Sampah, Jabatan Penguatkuasaan MP Sepang itu dijalankan hasil aduan awam serta risikan pasukan berkenaan di Lot 3595, Jalan Meranti 2, Lot 103431, Belakang SKS Bas, Kampung Pulau Meranti, dan Lot 101455, 3604 & 3605, Jalan Meranti 2.

MP Sepang dalam kenyataan memaklumkan tindakan itu turut disokong Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDT Sepang), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Putra Perdana serta penguat kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Dalam operasi itu, sebuah lori disita oleh Jabatan Penguatkuasa MP Sepang dan sebuah jentera excavator turut disita penguatkuasa SUK Selangor.

Tindakan diambil di bawah Peruntukan 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MP Sepang) 2007.

MP Sepang menegaskan bahawa pemantauan akan diteruskan secara berjadual bagi mengekang aktiviti pelupusan haram yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan penduduk.

Pihak berkuasa tempatan itu turut memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu atau syarikat yang terbabit dalam kegiatan ini tanpa kompromi.