ad

972 burung gagak ditembak dalam operasi kawalan MPKL

5 Okt 2025, 10:20 AM

SHAH ALAM, 5 OKT: Sejumlah 972 ekor burung gagak ditembak di tujuh lokasi dalam operasi Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama pihak polis, semalam.

MPKL menerusi Facebook memaklumkan, operasi bermula jam 6 pagi hingga 8.30 malam itu bertujuan mengawal populasi burung gagak yang menjadi antara punca pencemaran di kawasan awam.

Menurutnya, antara kawasan terlibat adalah Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu, Eco Sanctuary, Tropicana Aman, Pasar Awam Telok Panglima Garang, Kawasan Perindustrian Telok Panglima Garang dan Sijangkang.

"Operasi ini turut disertai 17 penembak berdaftar melibatkan kawasan titik panas hasil aduan penduduk sekitar Kuala Langat.

"Penganjuran program ini menunjukkan komitmen MPKL dalam memastikan persekitaran bandar Kuala Langat kekal bersih, selesa dan sejahtera buat seluruh komuniti," katanya.

Program itu dirasmikan Timbalan Setiausaha MPKL Zulkefli Mohamed Arif bersama Ketua Polis Balai Bandar Saujana Putra S Taneshwaran.