Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dengan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berlangsung meriah.
Ucapacara bermula dengan perarakan kereta Rolls Royce membawa Tengku Amir Shah sambil disaksikan lebih 3,000 rakyat pelbagai lapisan kaum yang mula berkumpul seawal jam 7 pagi.
Orang ramai turut mengibar bendera negeri dalam perarakan sejauh 1.2 kilometer dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ke Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Klang.
Istiadat Pernikahan Diraja kemudian berlangsung secara tertutup dengan penuh tertib dan adat yang disempurnakan Mufti Selangor Dato' Setia Dr Anhar Opir.
YAM Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj menjadi saksi pernikahan tersebut.
Akad ijab kabul dimeterai jam 10.08 pagi dengan sekali lafaz disusuli 11 das tembakan meriam pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) dari Kem Sungai Buloh.
Selain Duli Yang Maha Sultan Selangor (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, hadir sama Kerabat Diraja Selangor dan keluarga pengantin Diraja Perempuan serta sahabat-handai kedua-dua pihak.
Jurufoto KHAIRUL HELMY MOHD DIN, HARUN TAJUDIN FIKRI YUSOF dan SYED ABDUL HALIM SYED ABDUL RAHMAN merakam detik bersejarah semasa perarakan sementara foto lain dikeluarkan oleh Selangor Royal Office.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 02 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Orang ramai hadir awal pagi untuk menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah ketika perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR
Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR
DYTM Tengku Amir Shah Iketika perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor di Istana Alam Shah pada 2 Oktober 2025. Foto SYED ABDUL HALIM SYED ABDUL RAHMAN/ MEDIA SELANGOR
Orang ramai hadir untuk menyaksikan Istiadat Perarakan Pengantin Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di hadapan Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR
Tembakan meriam istiadat sebanyak 11 kali semperna istiadat Putera Diraja DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Pdang Sultan Suleiman, Klang pada 2 Oktober 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada Istiadat Pernikahan Diraja yang disempurnakan Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office
Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz pada Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersama Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz selepas diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bersalaman bersama ayahanda Baginda, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selepas diijabkabulkan dengan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memeluk ibu Baginda, Cik Puan Nur Lisa Idris Abdullah dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato' Abdul Aziz berkenan bergambar bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin selepas Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober 2025. Foto Selangor Royal Office