ad

Jelajah Ceria Selangor peringkat Sabak Bernam meriah, erat hubungan masyarakat setempat

30 Sep 2025, 9:46 AM

SABAK BERNAM, 30 SEPT: Lebih 600 penduduk sekitar memeriahkan Jelajah Ceria Selangor peringkat Sabak Bernam yang diadakan di Dewan Bagan Terap, Sungai Besar, di sini hari ini.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata pelbagai program diadakan bermula jam 7 pagi sehingga 1 tengah hari antaranya kayuhan, merewang dan reruai pameran agensi berkaitan.

“Di bandar khasnya, budaya bermasyarakat seperti merewang sudah jarang diadakan. Rata-rata individu mereka pergi kerja, balik kerja masuk rumah masing-masing dan rutin sama hari seterusnya.

“Budaya individualistik ini menghakis kehidupan bermasyarakat, budaya gotong- royong dan saling kenal mengenal antara kita. Sebab itu kita anjurkan program ini bagi mengerat hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan,” katanya.

Ditemui selepas merasmikan Jelajah Ceria Selangor daerah Sabak Bernam di sini hari ini, Anfaal berkata susulan sambutan memberangsangkan, program tersebut akan diteruskan di Bangi pada November ini.

Terdahulu, jelajah berkenaan dimeriahkan dengan program Advokasi Keselamatan Kanak-Kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Seni Wanita Mempertahankan Diri di bawah Kempen Menentang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak oleh Wanita Berdaya Selangor.

Pelbagai reruai turut disediakan antaranya oleh Yayasan Insan Istimewa Selangor yang menjalankan Prasaringan Awal Perkembangan Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Daerah Sabak Bernam yang menawarkan imunisasi demam campak dan saringan kesihatan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mengunjungi Kafe@Teen oleh LPPKN serta menyertai Pertandingan Gubahan dan Memasak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Wanita Berdaya.