SHAH ALAM, 28 SEPT: Bonda Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Hajah Esah Tahar meninggal dunia pagi tadi akibat sakit tua.
Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 pagi di sebuah hospital di Damansara pada usia 82 tahun.
“Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Hajah Esah Tahar telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.15 pagi tadi di sebuah hospital di Damansara kerana sakit tua.
“Jenazah allahyarhamah akan dikebumikan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Zohor,” kata kenyataan itu menerusi Facebook sebentar tadi.