ad

Tengku Permaisuri lancar Ekspo Ekonomi Kreatif, jadikan Selangor hab kreatif serantau

23 Sep 2025, 6:31 AM
Tengku Permaisuri lancar Ekspo Ekonomi Kreatif, jadikan Selangor hab kreatif serantau
Tengku Permaisuri lancar Ekspo Ekonomi Kreatif, jadikan Selangor hab kreatif serantau
Tengku Permaisuri lancar Ekspo Ekonomi Kreatif, jadikan Selangor hab kreatif serantau

SHAH ALAM, 23 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyempurnakan gimik pelancaran Ekspo Ekonomi Kreatif Selangor 2025 (SCEE25) yang berlangsung hari ini hingga esok.

Dalam program julung kali itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut menyertai sesi Townhall, menampilkan EXCO Keusahawanan Najwan Halim yang berkongsi perancangan pembangunan ekonomi jingga negeri.

Baginda juga berkenan melawat beberapa reruai antaranya syarikat animasi LesCopaque Sdn Bhd, Todak Culture Sdn Bhd dan Songkok Malaya.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan SCEE25 secara dalam talian memandangkan ketika ini beliau sedang dalam lawatan kerja rasmi di Shanghai, China.

SCEE25 menjadi platform untuk mengangkat Selangor sebagai hab kreatif serantau dengan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM20 bilion menjelang 2035.

Sepanjang dua hari berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, program mengetengahkan enam pemangkin utama merangkumi pembangunan bakat, akses pasaran dan pembiayaan.

Turut ditekankan pada program bertema ‘Re:Imagine Selangor-Creativity is the New Economy’ adalah aspek kesiapsiagaan infrastruktur, pemerkasaan digital serta tatakelola yang mantap.

Dianjur bersama Selangor Youth Community (SAY), SCEE25 diisi beberapa acara antaranya CRE8Stage melibatkan pameran, persembahan dan pengalaman interaktif bakat kreatif Selangor.

Selain itu turut dianjur CRE8Biz Xchange yang menjadi pemadan perniagaan serta CTE8Fund, menyediakan peluang pembiayaan kepada syarikat pemula.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.