ad

Kecil tetapi impak besar : SAY perkasa belia Malaysia

19 Sep 2025, 1:03 AM
Kecil tetapi impak besar : SAY perkasa belia Malaysia
Kecil tetapi impak besar : SAY perkasa belia Malaysia
Kecil tetapi impak besar : SAY perkasa belia Malaysia
Kecil tetapi impak besar : SAY perkasa belia Malaysia

SHAH ALAM, 19 Sept — Apabila Selangor Youth Community (SAY) ditubuhkan pada 2017, misinya jelas: memperkasa belia Malaysia dengan kemahiran, peluang dan daya ketahanan untuk terus maju.

Bermula dengan hanya sebuah idea besar, tetapi disokong analisis keperluan dilakukan Boston Consulting Group, ia pantas berkembang menjadi gerakan nasional yang memberi impak kepada lebih 300,000 orang belia, setakat ini.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Aiman Syafiq Nazri, dorongan menyertai pasukan itu lahir daripada pengalaman dan latar belakang hidupnya.

“Saya datang daripada bidang pendidikan, menyumbang kepada komuniti pula memang minat saya sejak zaman universiti. Ada kepuasan mendalam bila melihat saya mampu membawa perubahan kepada kehidupan orang lain,” katanya kepada Media Selangor dalam satu temu bual baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SAY, Aiman Syafiq Nazri, bercakap kepada Media Selangor pada 28 Ogos, 2025. to Media Selangor during an interview on August 28, 2025. — FOTO OLEH MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Sejak awal, SAY — diasaskan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah — mengenal pasti empat bidang tumpuan yang dekat di hati belia: khidmat komuniti, sukan dan kesejahteraan, seni dan kreatif, serta keusahawanan.

Aiman berkata objektif SAY bukanlah program sekali jalan, sebaliknya pembangunan kapasiti jangka panjang bagi membuka potensi dan menyemai perubahan mampan.

Antara inisiatif utamanya ialah SAY Entrepreneurship League for the Disabled (SAY LEAD), program latihan khas untuk usahawan Orang Kurang Upaya (OKU). Kursus dua bulan itu memberi pendedahan asas perniagaan meliputi digitalisasi, pemasaran hingga pengurusan kewangan.

“Keyakinan mereka semakin terserlah. Hasilnya sangat ketara, termasuk seorang peserta yang memulakan perniagaan bakeri dari rumah sebelum berpeluang membentangkan idea perniagaannya kepada pemain industri,” katanya.

Satu lagi program berimpak ialah TEAM, kem latihan intensif sembilan minggu yang membantu belia membina kemahiran komunikasi, jaringan dan daya tahan, selain menangani isu kritikal seperti literasi kewangan dan kesihatan mental.

Program itu menyokong pelbagai kumpulan, daripada mahasiswa dan belia menganggur hingga komuniti pemulihan seperti bekas penagih dadah, menerusi kelas dan projek komuniti termasuk kempen kesedaran kanser dan bengkel kesihatan mental.

Pengurus program SAY, Siti Nurainin Nabillah Mohd Azman pula berkongsi kisah Shafiq, seorang pemuda yang ditemui di pusat pemulihan dadah pada 2023.

Menyedari potensinya, SAY menawarkan pekerjaan sambilan sebelum dinaikkan ke jawatan tetap. Hari ini, Shafiq bukan sahaja bekerja dengan SAY, malah berkongsi perjalanan pemulihannya sebagai penceramah motivasi dan menerima Anugerah Ketabahan tahun lalu.

“Pada akhirnya, ia mesti datang daripada penerima manfaat itu sendiri. Mereka mesti ada kemahuan untuk mengubah kehidupan mereka. Kami hanya menyediakan platform,” kata Aiman.

Berita penuh di sini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.