ad

Belanjawan 2026: KSN beri bayangan berita baik buat penjawat awam

18 Sep 2025, 4:29 AM
Belanjawan 2026: KSN beri bayangan berita baik buat penjawat awam

SEPANG, 18 SEPT: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini menzahirkan keyakinan bahawa Belanjawan 2026 tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia khususnya golongan penjawat awam.

"Belanjawan mesti ada berita baik... tapi rahsialah, tak boleh (dedah)... tapi yakin bahawa memang ada berita baik," katanya ketika ditanya tentang harapan terhadap Belanjawan 2026.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali keempat di sini hari ini.

Shamsul Azri juga berkata berita baik yang bakal diumumkan itu adalah manifestasi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menjadi kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.

Belanjawan 2026, yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Okt ini, merupakan siri keempat Belanjawan MADANI yang dirangka untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Belanjawan kali ini akan terus menelusuri tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan khususnya dalam tatakelola yang baik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.