ad

Sertai Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak esok

18 Sep 2025, 3:00 AM
Sertai Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak esok
Sertai Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak esok
Sertai Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor di Gombak esok

SHAH ALAM, 18 SEPT: Orang ramai dijemput memeriahkan acara Temasya Seni Budaya dan Warisan Selangor@Gombak 2025 selama tiga hari bermula esok.

Tourism Selangor menerusi Facebook memaklumkan acara bermula jam 9 pagi hingga 11 malam itu diadakan di Padang Awam Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves.

Pengunjung juga boleh hadir dengan berpakaian bertemakan baju etnik atau kebangsaan sepanjang acara tersebut berlangsung.

“Menariknya, penonton akan dihiburkan dengan persembahan istimewa ratu etnik negara Noraniza Idris dan penyanyi irama Malaysia Azizul Hakim.

“Dengarkan juga Keunikan alunan muzik gamelan, Gordang 9, angklung, kompang, pergendangan Melayu, Cina dan India yang bergabung menjadi satu irama kesatuan yang pasti memukau jiwa,” katanya.

Selain itu, turut diadakan Kenduri Rakyat yang akan menghidangkan pelbagai hidangan warisan kepada kira-kira 3,000 pengunjung terawal.

Persembahan Khas Konsert Pesta Muda Mudi yang dibawa khas oleh Kumpulan Wak Jeng pula diadakan pada 20 September 2025 jam 9 malam.

Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda:

  • Karnival Ekstrem Park

  • Pertandingan karom

  • Pertandingan nyanyian lagu irama Malaysia

  • Pertandingan memasak makanan tradisi

  • Pertandingan gasing super league

  • Pertandingan sukaneka keluarga

  • Pertandingan mewarna kanak-kanak

  • Perkhemahan budaya Gua Damai

  • Senamrobik dan senam seni

  • Jualan makan minum

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.