ad

Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan

15 Sep 2025, 12:15 AM
Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan
Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan
Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan
Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan
Lebih 1,000 meriahkan Festival Remaja Kinrara 2025, anak muda bukti keupayaan

SUBANG JAYA, 15 SEPT: Lebih 1,000 penduduk memeriahkan Festival Remaja Kinrara 2025 yang diadakan di Taman Rekreasi Wawasan di sini malam tadi.

Dirasmikan wakil rakyatnya, Ng Sze Han, program yang bermula 12 tengah hari itu dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Ng Sze Han yang juga EXCO Pelaburan berkata, program tersebut julung kali diadakan dan amat bermakna kerana dianjurkan sendiri oleh anak muda.

EXCO Pelaburan, Ng Sze Han bercakap kepada media selepas Festival Remaja Kinrara 2025 di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 14 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Ini kerana ramai beranggapan anak muda ini hanya duduk di bilik dan bermain ‘game’ atau tidak mampu anjur program seperti ini.

“Dengan kejayaan festival ini membuktikan anak muda juga mampu laksana program besar bermula dari bawah biarpun mungkin sepanjang perbincangan ada timbul pelbagai pendapat,” katanya selepas merasmikan program tersebut.

Sementara itu, Pengarah Projek Festival Remaja Kinrara 2025 Lee Jun Xian berkata tempoh perancangan bagi melaksana program tersebut kira-kira tiga bulan dengan disertai 20 anak muda.

Pengarah Projek Festival Remaja Kinrara 2025, Lee Jun Xian bercakap kepada media selepas Festival Remaja Kinrara 2025 di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 14 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Untuk menganjurkan program agak sukar dan mencabar kerana ada antara kami sedang melanjutkan pengajian di universiti, namun semuanya berjalan lancar.

“Dengan penganjuran program ini beri kami pendedahan lebih meluas sebelum melangkah ke dunia pekerjaan,” ujarnya.

Bagi Pengerusi Induk Penggerak Belia Selangor (PeBS) Subang Jaya Chan Weng Hong, pihaknya berterima kasih kerana memberi peluang kepada anak muda menganjurkan program kemasyarakatan.

Pengerusi Induk Penggerak Belia Selangor MBSJ, Chan Weng Hong bercakap kepada media selepas Festival Remaja Kinrara 2025 di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 14 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Kami terima kerjasama dan sokongan banyak pihak termasuk lapan syarikat besar yang memberi tajaan dari segi susunan program sehingga makanan.

“Jika diberi peluang sudah pasti kami mahu anjurkan lagi kerana ia beri pendedahan kepada anak muda dalam merancang program,” katanya.

Remaja menyalakan unggun api ketika Festival Remaja Kinrara 2025 di Taman Rekreasi Wawasan, Subang Jaya pada 14 September 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.