SHAH ALAM, 11 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang hingga 3 petang ini.
Amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.
Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.
