ad

30,000 peserta dijangka sertai program Keretapi Sarong, platform promosi TMS2025

10 Sep 2025, 1:05 AM
30,000 peserta dijangka sertai program Keretapi Sarong, platform promosi TMS2025

SHAH ALAM, 10 SEPT: Program Keretapi Sarong yang berlangsung Sabtu ini di Kuala Lumpur dengan menyasarkan penyertaan 30,000 peserta bakal menjadi platform mempromosi Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS25).

Ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor berkata program dianjur bersama LOCCO serta mendapat sokongan Rapid KL itu berkemampuan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sekali gus menyumbang sasaran lapan juta pengunjung tahun ini.

“Program ini melibatkan banyak hentian di sekitar Lembah Klang terutama kawasan Selangor. Kita juga jangkakan transaksi perbelanjaan lebih tinggi di pusat beli belah memandangkan kebanyakan hentian terlibat bersebelahan pusat beli belah.

“Keretapi Sarong ini turut menekankan kebudayaan yang ada di Selangor untuk dijadikan tarikan pelancongan. Acara ini dijangka mampu meningkatkan lagi jumlah pengunjung domestik,” kata Chua Yee Ling kepada Media Selangor.

Beliau berkata EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim bersama peserta bawah Tourism Selangor termasuk dalam kalangan anak syarikat selain artis Aizat Amdan dan Bunga akan berkumpul di MRT Damansara seawal 7 pagi.

Katanya, kali ingin Tourisme Selangor membawa beberapa kelainan apabila akan turut mengadakan persembahan memperaga busana tradisional negeri.

“Selain persembahan artis jemputan, kita juga akan anjurkan joget lambak, pameran pelancongan dan demonstrasi kraf selain turut agihkan Aiskrim Malaysia dan makanan negeri, Punten,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.