ad

Gombak antara tiga daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam ini

8 Sep 2025, 8:46 AM

SHAH ALAM, 8 SEPT: Tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga 7 malam ini.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook cuaca sama turut diramal berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.