ad

RM4 bilion atasi banjir, Selangor fokus 13 kawasan berisiko

4 Sep 2025, 12:01 PM
RM4 bilion atasi banjir, Selangor fokus 13 kawasan berisiko
RM4 bilion atasi banjir, Selangor fokus 13 kawasan berisiko

SHAH ALAM, 4 SEPT: Sebanyak RM4 bilion diperuntukkan bagi projek mitigasi mengatasi masalah banjir di Selangor, kata EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim.

Menurut beliau, dana itu melibatkan RM3.5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 juta daripada Kerajaan Negeri.

“Saya turun ke setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti punca kerap berlakunya banjir selain mendapatkan maklum balas mengenai projek yang tidak selesai.

“Kita nilai satu persatu projek yang perlu diluluskan supaya masalah banjir ini dapat diselesaikan segera,” katanya selepas merasmikan Bengkel Semakan Semula Pelan Pengurusan Bersepadu Lembangan, hari ini.

Mei lalu, Izham mengadakan pertemuan pertama dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi membincangkan usaha mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

Hasil perbincangan, sebanyak 17 projek dikenal pasti perlu dilaksanakan segera di 13 kawasan berisiko banjir antaranya di Meru dan Pandamaran.

Pada masa sama, Izham memaklumkan pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Perbandaran Sepang dalam masa terdekat bagi membincangkan isu tersebut.

“Saya telah turun ke Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Kuala Selangor, Kajang dan Selayang. Seterusnya akan ke Sepang supaya tindakan mengatasi masalah banjir disegerakan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.