SHAH ALAM, 29 OGOS: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Selangor diteruskan di empat lokasi sepanjang September ini.
Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian kesihatan antaranya jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi diadakan dari 9 pagi hingga 3 petang.
Lokasi program sepanjang September seperti berikut:

Orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:
memuat turun SELangkah
tekan butang Selangor Saring
isi borang soal selidik
pilih lokasi dan tarikh program
Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.
Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.