ad

Bantuan Blueprint Selangor: Cara mohon mesin, alat niaga untuk usahawan kecil

28 Ogos 2025, 1:13 AM

SHAH ALAM, 28 OGOS: Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bantuan bagi membolehkan peniaga dan penjaja kecil di kawasan bandar dapat meneruskan operasi perniagaan.

Setiap tahun sejumlah RM2 juta diperuntuk kepada program Blueprint Pembasmian Kemiskinan yang menawar bantuan kewangan bagi membantu usahawan kecil bandar.

Mereka yang layak akan menerima peralatan berniaga antaranya termasuklah:

  • mesin jahit

  • periuk nasi

  • peti sejuk

Pelbagai peralatan niaga lain turut diberikan ikut keperluan perniagaan.

Apa itu Bantuan Blueprint Selangor?

Sebuah program bantuan membasmian kemiskinan yang menyediakan bantuan berbentuk mesin dan peralatan dengan nilai sehingga RM10,000 kepada usahawan kecil dan peniaga B40 untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Siapa yang boleh memohon?

Golongan sasar utama:

  • peniaga

  • penjaja

  • individu yang bekerja sendiri (B40)

Pemohon mestilah berumur 25 tahun dan ke atas

Bagaimana cara memohon?

  • mohon di Pejabat Daerah dan Tanah atau Pusat Khidmat Rakyat di kawasan masing-masing, bukan melalui sistem dalam talian secara terus

  • permohonan akan diproses dan disiasat oleh Pejabat Daerah dan Tanah sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan

  • selepas kelulusan, penerima bantuan akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bantuan beri impak terhadap pendapatan mereka

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.